MAHASISWA UTeM MENONJOL PADA PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN MAHASISWA (JKKM) IPT ZON SELATAN.
Pemimpin mahasiswa kolej kediaman Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) seramai 25 orang mahasiswa adalah antara 200 orang kepemimpinan mahasiswa yang telah menyertai Program Latihan Kepimpinan Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKKM) IPT Zon Selatan yang telah dihoskan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor baru-baru ini.
JKKM ini bertujuan menghimpun semua wakil Jawatankuasa Kolej Kediaman Mahasiswa (JKKM) dariapada setiap kolej kediaman dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi di zon selatan untuk berdiskusi dan berkongsi maklumat, pengalaman serta hasil penyelidikan tentang isu berkaitan mahasiswa yang boleh meningkatkan nilai intelektual dan kepemimpinan dikalangan setiap JKKM di seluruh Malaysia.
Program Anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tersebut turut membuktikan potensi JKKM yang dapat membantu Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi menyelesaikan masalah berkaitan mahasiswa dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.
Antara pengisian program tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), CEO Leader Survival, serta pembentangan resolusi yang turut menonjolkan impak yang positif terhadap kalangan peserta dalam membentuk diri menjadi mahasiswa yang lebih berintegriti dan berdaya saing.
Ketua rombongan peserta dari UTeM, Mohamad Amin Ariff bin Azhar, 20 turut menyifatkan program ini bukan sekadar program picisan yang tidak penting.
“Program seperti ini harus dijalankan secara progresif dan berterusan bagi menunjukkan kepentingan JAKSIS dalam membantu pihak Universiti terhadap kebajikan mahasiswa” katanya lagi
Lebih manis bagi kontijen UTeM, dua peserta dari Jawatankuasa Kolej Kediaman UTeM Murni, D’Apartment dan Makmur telah berjaya berjaya mengharumkan nama UTeM dengan penganugerahan dari pihak penganjur.
Muhammad Faiz Ismail, 20 telah dianugerahkan selaku C.E.O terbaik manakala Mohd Khairul Nizam Suhaimin, 20 telah dianugerahkan selaku ketua kumpulan terbaik program turut membuktikan bahawa mahasiswa daripada UTeM memiliki prospek mahasiswa cemerlang sekaligus mampu berdaya saing dengan IPT yang lain.
Khairul Nizam berkata program seperti ini memantapkan kemahiran generik dalam kalangan mahasiswa ke arah membentuk mahasiswa cemerlang secara holistik.
“Semoga setiap perserta dapat mengambil input yang postif daripada penganjuran program bagi menghasilkan output yang positif.” Katanya lagi
Deskripsi Gambar
1-Mahasiswa Program Latihan Jawatankuasa Kolej Kediaman IPT Zon Selatan
2-Para peserta ketika program Leader Survival