Khidmat Mahasiswa Murni UTeM Gempur Kolej Vokasional Melaka


Oleh:  Al Amin Mohamed Sultan

Kira kira 250 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah menerima kunjungan daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sempena program Jalinan Mesra dan Perkongsian Akademik dan Motivasi Pelajar baru baru ini.

Program bercorak motivasi dan ‘team building’ ini telah diadakan di Dewan serbaguna Kolej Vokasional Melaka Tengah yang telah dikendalikan sepenuhnya menggunakan kepakaran para pensyarah dan mahasiswa UTeM yang terdiri daripada mahasiswa bidang Kejuruteraan Pembuatan dan Teknologi Kejuruteraan.

Program ini telah anjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi (Jaksis) UTeM Murni, D’Apartment & Makmur (Murni)  dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Kolej Kediaman Mahasiswa Luar (JKML)  dan Jabatan Pengurusan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM
Pengetua Kolej Kediaman Murni , Al Amin Mohd Sultan menyifatkan program ini sebagai inisiatif mahasiswa yang progresif mendekati masyarakat dan berkongsi ilmu. Dalam ucapan pembukaan beliau turut berkata “Setiap mahasiswa UTeM hadir pada hari ini dengan semangat ingin berkongsi kepada para pelajar dan saya percaya ianya menjadi platform tepat untuk meningkatkan kualiti diri pada para pelajar”.

“Program ini merupakan salah satu usaha mendekati para pelajar bagi menyuburkan minat dalam bidang teknikal disamping memberi inspirasi kepada mereka yang hadir serta merupakan salah satu inisiatif yang pragmatik bagi meningkatkan motivasi pelajar ” katanya lagi yang sangat menggalakkan para mahasiswa turun padang untuk beraktiviti bersama masyarakat setempat
Slot utama telah dikendalikan  oleh Dr. Wan Hasrulnizzam Bin Wan Mahmood yang juga merupakan Pengetua Mahasiswa Luar dengan bantuan para pensyarah lain serta mahasiswa UTeM seramai 40 orang yang telah bertindak sebagai fasilitator sepanjang program.

 “Program seumpama ini membuktikan bahawa mahasiswa sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu meningkat meningkatkan kualiti masyarakat,” ujarnya yang juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.

Mohamad Amin Arif, 22 salah seorang fasilitator berkata program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mahasiswa berkongsi pengalaman dengan para pelajar kolej tetapi juga menjadi medan untuk melatih skil komunikasi dan juga meningkatkan keyakinan diri.

Justeru itu, diharapkan program seumpama ini akan berterusan diketengahkan pada masa hadapan. Semoga ia terus menjadi platform buat para mahasiswa untuk memaju arus perubahan bagi mengeluarkan hasil yang produktif buat masyarakat.

Bagi Khairul Nizam bin Suhaimin yang merupakan bendahari Jaksis Murni pula, aktiviti sebegini sememangnya sudah secara lazim dikendalikan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi tetapi ianya bukan mudah untuk dikelolakan sepenuhnya oleh mahasiswa tahun pertama pengajian termasuk modul-modul aktiviti dan inilah telah dibuktikan oleh mahasiswa UTeM sejak daripada awal lagi.

“saya sangat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar kolej vokasional dan turut memberikan tips kejayaan yang akan memungkinkan mereka menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di UTeM suatu masa nanti” katanya lagi.

Program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Harunrasid bin Mohd Yunos, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Melaka.

Deskripsi Gambar :








1-Peserta wanita kolej vokasional mendengar perkongsian pada program ini
2- Sebahagian daripada peserta lelaki yang juga pelajar kolej vokasional
3-Peserta fokus mendengar pengisian daripada mahasiswa UTeM
4- Pelajar dalam kumpulan latihan masing-masing ceria dalam aktiviti berkumpulan
5- Rabani, antara fasilitator UTeM yang menjayakan program
6- Barisan Pengetua dan Pengarah Kolej Vokasional dari kiri Wan hasrulnizzam, Harunrasid, Al Amin dan Pauziah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM