KEPEMIMPINAN MAHASISWA MURNI UTeM DIKTIRAF PERINGKAT NASIONAL


MAHASISWA UTeM MENONJOL PADA PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN MAHASISWA (JKKM) IPT ZON SELATAN.

Pemimpin mahasiswa kolej kediaman Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) seramai 25 orang mahasiswa adalah antara 200 orang kepemimpinan mahasiswa yang telah menyertai Program Latihan Kepimpinan Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKKM) IPT Zon Selatan yang telah dihoskan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor baru-baru ini.

JKKM ini  bertujuan menghimpun semua wakil Jawatankuasa Kolej Kediaman Mahasiswa (JKKM) dariapada setiap kolej kediaman dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi di zon selatan untuk berdiskusi dan berkongsi maklumat, pengalaman serta hasil penyelidikan tentang isu berkaitan mahasiswa yang boleh meningkatkan nilai intelektual dan kepemimpinan dikalangan setiap JKKM di seluruh Malaysia.
Program Anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tersebut turut membuktikan potensi JKKM yang dapat membantu Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi menyelesaikan masalah berkaitan mahasiswa dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.
Antara pengisian program tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), CEO Leader Survival, serta pembentangan resolusi yang turut menonjolkan impak yang positif terhadap kalangan peserta dalam membentuk diri menjadi mahasiswa yang lebih berintegriti dan berdaya saing.

Ketua rombongan peserta dari UTeM, Mohamad Amin Ariff bin Azhar, 20 turut menyifatkan program ini bukan sekadar program picisan yang tidak penting.

 “Program seperti ini harus dijalankan secara progresif dan berterusan bagi menunjukkan kepentingan JAKSIS dalam membantu pihak Universiti terhadap kebajikan mahasiswa” katanya lagi

Lebih manis bagi kontijen UTeM, dua peserta dari Jawatankuasa Kolej Kediaman UTeM Murni, D’Apartment dan Makmur telah berjaya berjaya mengharumkan nama UTeM dengan penganugerahan dari pihak penganjur.

Muhammad Faiz Ismail, 20 telah dianugerahkan selaku C.E.O terbaik manakala Mohd Khairul Nizam Suhaimin, 20 telah dianugerahkan selaku ketua kumpulan terbaik program turut membuktikan bahawa mahasiswa daripada UTeM memiliki prospek mahasiswa cemerlang sekaligus mampu berdaya saing dengan IPT yang lain.

Khairul Nizam berkata program seperti ini memantapkan kemahiran generik dalam kalangan mahasiswa ke arah membentuk mahasiswa cemerlang secara holistik.

“Semoga setiap perserta dapat mengambil input yang postif daripada penganjuran program bagi menghasilkan output yang positif.” Katanya lagi


Deskripsi Gambar

1-Mahasiswa Program Latihan Jawatankuasa Kolej Kediaman IPT Zon Selatan
2-Para peserta ketika program Leader Survival

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khidmat Mahasiswa Murni UTeM Gempur Kolej Vokasional Melaka


Oleh:  Al Amin Mohamed Sultan

Kira kira 250 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah menerima kunjungan daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sempena program Jalinan Mesra dan Perkongsian Akademik dan Motivasi Pelajar baru baru ini.

Program bercorak motivasi dan ‘team building’ ini telah diadakan di Dewan serbaguna Kolej Vokasional Melaka Tengah yang telah dikendalikan sepenuhnya menggunakan kepakaran para pensyarah dan mahasiswa UTeM yang terdiri daripada mahasiswa bidang Kejuruteraan Pembuatan dan Teknologi Kejuruteraan.

Program ini telah anjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi (Jaksis) UTeM Murni, D’Apartment & Makmur (Murni)  dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Kolej Kediaman Mahasiswa Luar (JKML)  dan Jabatan Pengurusan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM
Pengetua Kolej Kediaman Murni , Al Amin Mohd Sultan menyifatkan program ini sebagai inisiatif mahasiswa yang progresif mendekati masyarakat dan berkongsi ilmu. Dalam ucapan pembukaan beliau turut berkata “Setiap mahasiswa UTeM hadir pada hari ini dengan semangat ingin berkongsi kepada para pelajar dan saya percaya ianya menjadi platform tepat untuk meningkatkan kualiti diri pada para pelajar”.

“Program ini merupakan salah satu usaha mendekati para pelajar bagi menyuburkan minat dalam bidang teknikal disamping memberi inspirasi kepada mereka yang hadir serta merupakan salah satu inisiatif yang pragmatik bagi meningkatkan motivasi pelajar ” katanya lagi yang sangat menggalakkan para mahasiswa turun padang untuk beraktiviti bersama masyarakat setempat
Slot utama telah dikendalikan  oleh Dr. Wan Hasrulnizzam Bin Wan Mahmood yang juga merupakan Pengetua Mahasiswa Luar dengan bantuan para pensyarah lain serta mahasiswa UTeM seramai 40 orang yang telah bertindak sebagai fasilitator sepanjang program.

 “Program seumpama ini membuktikan bahawa mahasiswa sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu meningkat meningkatkan kualiti masyarakat,” ujarnya yang juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.

Mohamad Amin Arif, 22 salah seorang fasilitator berkata program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mahasiswa berkongsi pengalaman dengan para pelajar kolej tetapi juga menjadi medan untuk melatih skil komunikasi dan juga meningkatkan keyakinan diri.

Justeru itu, diharapkan program seumpama ini akan berterusan diketengahkan pada masa hadapan. Semoga ia terus menjadi platform buat para mahasiswa untuk memaju arus perubahan bagi mengeluarkan hasil yang produktif buat masyarakat.

Bagi Khairul Nizam bin Suhaimin yang merupakan bendahari Jaksis Murni pula, aktiviti sebegini sememangnya sudah secara lazim dikendalikan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi tetapi ianya bukan mudah untuk dikelolakan sepenuhnya oleh mahasiswa tahun pertama pengajian termasuk modul-modul aktiviti dan inilah telah dibuktikan oleh mahasiswa UTeM sejak daripada awal lagi.

“saya sangat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar kolej vokasional dan turut memberikan tips kejayaan yang akan memungkinkan mereka menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di UTeM suatu masa nanti” katanya lagi.

Program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Harunrasid bin Mohd Yunos, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Melaka.

Deskripsi Gambar :








1-Peserta wanita kolej vokasional mendengar perkongsian pada program ini
2- Sebahagian daripada peserta lelaki yang juga pelajar kolej vokasional
3-Peserta fokus mendengar pengisian daripada mahasiswa UTeM
4- Pelajar dalam kumpulan latihan masing-masing ceria dalam aktiviti berkumpulan
5- Rabani, antara fasilitator UTeM yang menjayakan program
6- Barisan Pengetua dan Pengarah Kolej Vokasional dari kiri Wan hasrulnizzam, Harunrasid, Al Amin dan Pauziah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tangisan Gaza Dan Syria di UTeM


Oleh: Al Amin bin Mohamed Sultan
AYER KEROH, 29 Mei – Masih ramai rakyat Malaysia yang kurang peka  berkaitan politik antarabangsa terutama isu berkaitan pergolakan di bumi Gaza, Palestin dan Syria. Komplikasi yang sering dikaitkan dengan negara-negara ini berada dalam keadaan samar-samar pada mata masyarakat kita.
Mengambil inisiatif memberikan kesedaran kepada masyarakat sekitar, Jawatankuasa Kolej Kediaman (JAKSIS) Murni, D’Apartment dan Makmur, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan Program Ceramah Kesedaran Gaza dan Syria baru-baru ini bertempat di Masjid Saiyyidina Abu Bakar, UTeM.
Program ini yang diadakan sepetang secara santai ini telah disertai oleh para mahasiswa dan juga staf di universiti tersebut. Ceramah ini telah disampaikan oleh Zairi bin Suboh, 32,  anak muda dari sungai putat, ,Melaka yang telah menjejakkan kaki ke  bumi gaza baru-baru ini sebagai peserta misi bantuan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif, NGO yang agresif memperjuangkan isu-isu Palestin dan Syria.
Menurut Zairi, pembebasan Syria dan Palestin sangat berkait rapat antara satu sama lain, dan ada ketikanya apa yang berlaku di Syria lebih teruk daripada apa yang berlaku di Gaza kerana banyak sumber informasi yang disekat daripada sampai ke pengetahuan masyarakat antarabangsa terutama kekejaman rejim Bashar yang menyerang rakyatnya sendiri.
Menurut salah seorang peserta yang hadir, Mohamad Ili Audi bin Md Yusop, 20, program sebegini amat penting untuk mendapat informasi dan kesedaran realiti yang terbaru.
“ Saya sangat menggalakkan program sebegini untuk kerap dianjurkan dan dibuka penyertaan kepada seluruh rakyat sekitar agar mereka turut mendapat ilmu dan informasi berkenaan perkara ini. Malah saya juga amat menyokong kempen kesedaran Palestin dan Syria yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif selaku badan penggerak kebebasan dan kemerdekaan Palestin dan Syria di Malaysia”. Katanya lagi.
Menurut Penolong Pengurus Kolej Kediaman, Shahrom bin Mohd Said berkata, program ini bertujuan memberikan kesedaran kepada para mahasiswa yang kurang berminat dengan perkara-perkara sebegini yang sebenarnya sangat penting terutama apabila memikirkan mahasiswa inilah yang akan menjadi pemimpin masa depan negara kita.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan warga UTeM dengan sejumlah sumbangan telah diserahkan hasil kutipan ketika ceramah tersebut. Kutipan tersebut akan disalurkan kepada Gaza dan Syria melalui Aqsa Syarif Melaka.
Sesi ceramah ini telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Pengetua Kolej Kediaman Murni, D’Apartment & Makmur serta sesi bergambar.




Deskripsi Gambar:
1-Sebahagian daripada mahasiswa UTeM Murni yang hadir
2- Antara staf yang hadir memberikan tumpuan kepada ceramah
3- Zairi bin Suboh, Aktivis Gaza yang menyampaikan ceramah
4-Sebagaian Jemaah yang hadir mendengar pengisian
5- Zairi menerima cenderahati daripada pengetua mewakili penganjur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM